Posts

KARYA ANDA DIPERLUKAN - TOKO KOMIK MALAYSIA

Image
  Anda pelukis komik / kartun, sedang tercari-cari syarikat untuk mengurus penerbitan karya anda? Nah! TOKO KOMIK MALAYSIA, muncul menjadi wadah terbaru, khusus untuk penerbitan komik gaya Malaysia. TOKO KOMIK MALAYSIA tidak pandai untuk berjanji bulan dan bintang tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk menerbitkan karya anda. Apa yang penting, karya anda harus menepati citarasa pembaca masakini, bukan berkarya “syok sendiri”. Sebagai pelukis komik kita perlu membawa wajah kita, wajah Malaysia bukannya wajah negara luar. Pembaca tengah dahagakan karya-karya berstroke nusantara, seperti komik terbitan tahun 80an / 90an dulu. Jika anda pengkarya seperti yang dimaksudkan di atas, jom bersama TOKO KOMIK MALAYSIA, untuk memeriahkan industri komik di Malaysia. TOKO KOMIK MALAYSIA memerlukan Karya Baru / Karya Lama yang dicetak semula. *Gambar diatas contoh Komik Melayu Nusantara OBJEKTIF : Niat TOKO KOMIK MALAYSIA untuk mewarnai semula industri komik di Malaysia dilandasan yang sepatutnya.